Saturday 6 August 2011

Mesin Angkat : Soalan-Soalan Latihan

KOTA BHARU POLYTECHNIC
MECHANICAL ENGINEERING DEPARTMENT

J3010 ~ KAJIDAYA MESIN 1 (MECHANICS OF MACHINE 1)
TOPIK 03 - MESIN ANGKAT (LIFTING MACHINE)



Final Exam Januari 2003

1.          Satu beban berjisim 900 kg dihubungkan dengan seutas tali kepada gelendong mesin angkat berdiameter 1 m yang mempunyai momen inersia 100 kgm2.  Terikat dihujung tali tersebut ialah jisim pengimbang 450 kg.  Tork geseran di aci gelendong diabaikan.  Tentukan :
                           i.    Tork pemacu yang dikehendaki supaya beban dinaikkan dengan pecutan 3 ms-2.
                           ii.   Halaju linear beban yang dinaikkan jika kuasa yang dikeluarkan oleh motor gelendong ialah 15 kW.


Final Exam Januari 2004

2.         Satu tali dililit pada gelendong mesin angkat berdiameter 1.2 m dan berjisim 25 kg serta berjejari kisar 0.19 m.  Terikat pada kedua-dua hujung itu ialah dua jisim 65 kg dan 30 kg masing-masing.  Hitungkan ;
                           i.     Tork pemacu yang diperlukan untuk menaikkan jisim 65 kg dengan pecutan 2.5 ms-2.
                           ii.      Halaju linear ketika beban sedang naik pada pecutan 2.5 ms-2 di mana kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong 1.4 kW.
                           iii.     Pecutan sistem apabila gelendong itu dibiarkan bergerak dengan bebas.


Final Exam Julai 2004

3.          Satu mesin angkat dikehendaki menaikkan satu bongkah berjism 400 kg dengan pecutan 1.4 ms-2.  Beban ini disambungkan kepada satu jisim imbang 170 kg oleh satu tali ringan yang tak terpanjang dan dililit pada sebuah gelendong.  Gelendong itu berdiameter 800 mm dan berjisim 50 kg serta mempunyai jejari kisar 370 mm.  Dengan mengabaikan geseran tentukan;
i.        Tegangan-tegangan dalam tali.
ii.       Tork pemacu gelendong.
iii.      Kuasa yang dikeluarkan pada ketika halaju beban 1.3 ms-1.


Final Exam Januari 2005

4.         Sebuah sangkar lombong berjisim 3500 kg dinaikkan dengan pecutan 2 ms-2 dengan menggunakan gelendong mesin angkat berdiameter 1.8 m.  gelendong itu berjisim 900 kg serta berjejari kisar 550 mm dan geseran galas gelendong ialah 2.7 kNm.  Hitungkan ;
i.        Kuasa yang diperlukan supaya sangkar tersebut mencapai laju 4 ms-1.
ii.       Kuasa yang diperlukan jika sangkar itu bergerak dengan laju seragam 4 ms-1.

Final Exam Julai 2005

5.          Sebuah mesin angkat digunakan untuk menaikkan satu beban berjisim 5 tan.  Beban ini dinaikkan dengan pecutan 1.5 ms-2.  Mesin angkat ini mempunyai gelendong yang berjisim 2 tan dan berdiameter 1.6 m.  Jejari kisar gelendong mesin angkat ini adalah 850 mm.  Semasa mengangkat naik beban ini, gelendong menghadapi geseran galas sebanyak 1.6 kNm.  Hitungkan ;
i.         Tegangan tali mesin angkat ini.
ii.        Momen inersia dan pecutan sudut gelendong mesin angkat.
iii.       Daya kilas gelendong.
iv.       Halaju sudut gelendong dan kuasa apabila beban bergerak 8 saat dari pegun.


Final Exam Januari 2006

6.          Sebuah mesin angkat jenis jisim imbang digunakan untuk mengangkat jisim seberat 1 tan metrik dengan satu jisim imbang 250 kg.  Kedua-dua jisim tersebut disambung oleh seutas tali ringan yang tak memanjang yang dililit pada sebuah gelendong seberat 120 kg dan berdiameter 1.54 m serta berjejari kisar 0.45 m.  Jika tork geseran di aci pemacu adalah 1.0 kNm dan beban tersebut perlu dinaikkan dengan 0.85 ms-2, tentukan ;
i.        Tork yang diperlukan.
ii.       Halaju linear jika kuasa yang dikeluarkan pada ketika ini adalah 15 kW.


Final Exam Julai 2006

7.          Satu gelendong mesin angkat berjisim 26 kg berdiameter 2.5 m dan jejari kisar 0.21 m.  Satu jisim seberat 80 kg diikat kepada satu hujung tali dan hujung satu lagi diikat dengan pemberat seberat 30 kg.  Kirakan ;
                             i.     Tork pemacu untuk menaikkan jisim 80 kg dengan pecutan 2.5 ms-2.
                             ii.    Halaju linear ketika beban sedang naik di mana kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong 1.8 kW.
                             iii.   Pecutan sistem apabila gelendong itu dibenarkan bergerak bebas.


Final Exam Julai 2007

8.         Sebuah mesin angkat mempunyai gelendong berdiameter 850 mm dan berjisim 10 kg.  Jisim 18 kg dan 8 kg terikat disetiap hujung tali yang terlilit pada sebuah gelendong.  Jejari kisar gelendong ialah 290 mm.  Abaikan geseran antara tali dengan gelendong tersebut.  Kirakan ;
i.     Pecutan sistem dan tegangan-tegangan tali itu apabila gelendong berkenaan dibiarkan bergerak bebas.
ii.   Tork pemacu gelendong jika jisim 18 kg dikehendaki menaiki dengan pecutan 1.8 ms-2.







Final Exam Januari 2008

9.          Sebuah mesin angkat digunakan untuk menurunkan satu beban.  Jisim gelendong mesin angkat ini adalah 950 kg dan diameter gelendong adalah 0.8 m.  Beban yang berjisim 3.7 tan telah digantung dari gelendong mesin angkat ini.  Beban ini dilepaskan dari pegun dan ia mengambil masa 2 saat apabila ia turun sejarak 4 m.  Tork geseran digalas gelendong ialah 3.2 kNm.
                      i.            Lakarkan rajah mesin angkat bagi pergerakan di atas dan nyatakan persamaan daya bagi gerakan linear dan gerakan sudut.
                      ii.           Hitungkan pecutan apabila beban bergerak ke bawah.
                      iii.          Hitungkan halaju sudut gelendong.
                      iv.          Tegangan tali apabila beban diturunkan ke bawah.
                      v.           Momen inersia gelendong mesin angkat.
                      vi.          Jejari kisar gelendong mesin angkat.


Final Exam Julai 2008

10.        Satu tali dililit pada satu gelendong mesin angkat berjisim 130 kg, berdiameter 1.4 m dan berjejari kisar 0.8 m.  Mesin angkat ini digunakan untuk menaikkan beban berjisim 900 kg dengan pecutan 1.5 ms-2.  Beban itu disambung kepada jisim imbangan 200 kg.  Hitungkan ;
                      i.              Tegangan-tegangan tali.
                      ii.            Tork pemacu untuk menaikkan beban.  Tork geseran ialah 0.7 kNm.
                      iii.           Halaju linear beban sekiranya kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong ialah 10 kW.


Final Exam Januari 2009

11.        Seutas tali ringan tidak kenyal dililit pada sebuah gelendong mesin angkat berjisim 150 kg.  Gelendong berdiameter 1.8 m dan berjejari 0.52 m.  Pada satu hujung tali itu terikat beban 1000 kg dan jisim imbang 300 kg dihujung satu lagi.  Tork geseran di aci gelendong bernilai 1.3 kNm.
                       i.            Hitungkan tork pemacu yang dikehendaki supaya beban itu boleh dinaikkan dengan pecutan 0.9 ms-2.
                       ii.           Pada ketika beban sedang naik dengan pecutan 0.9 ms-2, kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong ialah 14 kW.  Cari halaju linear beban ketika itu.