Monday 17 October 2011

Geseran (Friction) : Soalan-Soalan Latihan

BAB 04 - GESERAN


1.                   Satu daya yang selari dengan satah bertindak keatas bernilai 150 N diperlukan untuk menarik jasad yang condongnya 12o dari garis ufuk.  Jika kecondongan satah dinaikkan kepada 15o, daya yang diperlukan untuk menarik jasad ke atas ialah 172 N.  Tentukan :
i.                     Pekali geseran (µ).
ii.                   Jisim jasad (m).


2.                   Sebuah bongkah kiub berjisim 70 kg ditarik naik ke atas satu cerun dengan halaju seragam.  Sudut kecerunan adalah 50o dan pekali geseran di antara kiub dengan kecerunan satah adalah 0.09.  Hitungkan daya tarikan yang diperlukan untuk menarik kiub.


3.                   Satu jasad berjisim 96 N mula mengelonsor ke bawah satah condong yang bersudut 25o.  Hitungkan
i.                     Pekali geseran di antara permukaan bersentuh.
ii.                   Daya minima serta arahnya kepada garis ufuk untuk menarik jasad itu ke atas cerun.
iii.                  Daya ufuk untuk menggerakkan jasad itu ke atas cerun.


4.                   Sebuah bongkah logam berjisim 50 kg ditahan dari mengelonsor ke bawah satu satah yang condong 25o kepada garis ufuk oleh satu daya 96 N.  Daya itu bertindak ke atas serta selari dengan satah.  Carikan :
i.                     Pekali geseran
ii.                   Sudut geseran.

Kemudian bongkah tersebut ditarik ke atas oleh satu daya P yang bertindak pada 10o pada permukaan satah.  Carikan :
iii.                  Nilai P.
iv.                 Kecekapan pengendalian.
v.                   Nilai minima P untuk menaikkan bongkah ke atas satah.


5.                   Sebuah kotak berjisim 70 kg berada pada suatu satah condong 28o daripada garis ufuk.  Satu daya 63 N selari dengan permukaan satah menahan kotak tersebut daripada mengelongsor ke bawah.  Kirakan :
i.                     Pekali geseran di antara kotak dan satah.

Jika kotak itu ditarik ke atas satah oleh satu daya yang bertindak 36o dari garis ufuk.  Tentukan :
ii.                   Nilai daya tersebut.
iii.                  Kecekapan operasi.


6.                   Nyatakan TIGA (3) hukum geseran.

7.                   Dengan bantuan gambarajah daya bebas, terbitkan satu rumus bagi menentukan sudut geseran dalam sebutan tan Ѳ = µ.

8.                   Satu jasad berjisim 80 kg ditarik ke atas oleh satu daya ufuk (P) pada satah condong yang bersudut 25o kepada ufuk.  Pekali geseran di antara dua permukaan bersentuhan ialah 0.4.  lukiskan gambarajah badan bebas bagi gerakan tersebut dan tentukan :
i.                     Daya untuk menaikkan jasad tersebut.
ii.                   Nilai daya minima.


9.                   Satu kotak seberat 400 N ditahan dari menggelongsor ke bawah satah condong 30o oleh satu daya 75 N.  Daya tersebut bertindak ke atas dan selari dengan satah.  Hitungkan pekali geseran yang wujud di antara kotak dan satah.

Kemudian kotak itu ditarik ke atas oleh satu daya sepanjang satah berkenaan.  Hitungkan;
i.                     Daya tersebut sekiranya ia bertindak 23o kepada permukaan satah.
ii.                   Kecekapan tarikan tersebut.


10.               Sebuah kotak beratnya 320.6 N diletakkan di atas satu satah yang mempunyai kecondongan 30o kepada garis ufuk.  Kotak tersebut ditahan dari menggelongsor ke bawah satah oleh satu daya bernilai 92 N yang bertindak selari dengan satah.  Cari pekali geseran di antara kotak dengan satah.

Kotak itu ditarik ke atas oleh satu daya sepanjang satah berkenaan, hitungkan daya tersebut jika;
i.                     Ia bertindak 20o kepada permukaan satah serta dapatkan kecekapan tersebut.
ii.                   Ia adalah ufuk.


11.               Dengan bantuan lakaran gambarajah badan bebas (GBB) , tunjukkan komponen-komponen daya yang bertindak hasil dari daya tarikan P ke atas sebuah bongkah berjisim M mendaki landasan kayu bersudut α dari ufuk dengan halaju seragam.  Tunjukkan bagaimana µ dikira dalam sebutan P dan M.

12.               Sebuah bongkah berjisim 100 kg terletak di atas satu satah condong bersudut 30o kepada ufuk.  Bongkah tersebut ditarik naik oleh satu daya yang bertindak 10o dari satah condong.  Pekali geseran antara satah dan bongkah adalah 0.25.
i.                     Lakarkan gambarajah badan bebas (gbb) untuk daya-daya yang bertindak ke atas bongkah tersebut.
ii.                   Tentukan nilai daya ketika menaikkan bongkah tersebut.
iii.                  Tentukan kecekapan kendaliannya.
13.               Sebuah blok berjisim 4 kg ditarik oleh satu daya bersudut 30o dari garis ufuk dengan daya kenaan sebanyak 15.25 N.  Blok tersebut bergerak dengan halaju seragam di atas permukaan datar.  Carikan pekali geseran dan sudut geseran.

14.               Sebuah jasad berjisim 13 kg mula bergerak dengan mantap ke bawah satah condong bersudut  28o 28’ kepada garis ufuk.  Hitungkan ;
i.                     Pekali geseran.
ii.                   Daya yang diperlukan untuk menarik jasad ke atas dengan pecutan 2.7 ms-2, jika arahnya selari dengan satah.  Sila tunjukkan lakaran daya-daya yang bertindak pada jasad tersebut.
iii.                  Daya minima untuk menarik jasad ke atas satah dengan mantap manakala sudut condong satah ialah 30o.


15.               Sebuah bongkah kiub berjisim 70 kg ditarik naik ke atas suatu cerun dengan halaju seragam.  Sudut kecerunan adalah 50o dan pekali geseran di antara kiub dengan kecerunan satah adalah 0.09.  Hitungkan daya tarikan yang diperlukan untuk menarik kiub.


16.               Satu jasad berjisim 96 N mula mengelongsor ke bawah satah condong yang bersudut 25o.  Hitungkan ;
i.                     Pekali geseran di antara permukaan bersentuhan.
ii.                   Daya minima serta arahnya kepada garis ufuk untuk menarik jasad itu ke atas cerun.
iii.                  Daya ufuk untuk mengerakkan jasad itu ke atas cerun.


17.               Sebuah bongkah logam berjisim 50 kg ditahan dari mengelongsor ke bawah satu satah yang condong 25o kepada garis ufuk oleh satu daya 96 N.  Daya itu bertindak ke atas serta selari dengan satah.  Carikan pekali geseran dan sudut geseran.

Kemudian bongkah tersebut ditarik ke atas oleh satu daya P yang bertindak pada 10o pada permukaan satah, carikan ;
i.                     Nilai P.
ii.                   Kecekapan pengendalian itu.
iii.                  Carikan nilai P minima untuk menaikkan bongkah ke atas satah.


18.               Satu kotak seberat 400 N ditahan dari menggelongsor ke bawah satah bercondong 30o oleh satu daya 75 N.  Daya tersebut bertindak ke atas selari dengan satah.  Hitungkan pekali geseran yang wujud di antara kotak dan satah.

Kotak itu kemudiannya ditarik ke atas oleh satu daya sepanjang satah berkenaan.  Hitungkan;
i.                     Daya tersebut sekiranya ia bertindak 23o kepada permukaan satah.
ii.                   Kecekapan tarikan tersebut.

No comments:

Post a Comment