Thursday 20 October 2011

Skru ( Screw ) : Soalan-Soalan Latihan

KOTA BHARU POLYTECHNIC
MECHANICAL ENGINEERING DEPARTMENT

KAJIDAYA MESIN 1 (MECHANICS OF MACHINE 1)
SKRU (SCREW)

CONTOH-CONTOH SOALAN


1.                   Satu jek skru dua punca mempunyai jarak benang skru 8 mm, diameter min 250 mm dan pekali geseran skru tersebut bernilai 0.4.
i.                     Jika skru berbenang segiempat sama digunakan, dapatkan daya di hujung spanar dengan jarak ke paksi skru adalah 0.2 m dan kecekapan kehadapannya untuk menaikkan beban bernilai 1025 N.
ii.                   Jika skru berbenang V dengan sudut alurnya 30o digunakan, dapatkan daya kilas yang diperlukan untuk menurunkan beban 1025 N tersebut.


2.                   Satu skru berbenang V dengan dua punca bersudut benang 60o digunakan untuk menaikkan beban 2.5 kN.  Skru tersebut berdiameter min 50 mm dan sudut heliknya ialah 6o21’.  Pekali geserannya ialah 0.27.  Hitungkan :
i.                     Jarak benang.
ii.                   Tork / daya kilas untuk menaikkan beban tersebut.
iii.                  Kecekapan kedepan.
iv.                 Kecekapan maksima.


3.                   Satu mesin mampatan digunakan untuk mengatasi beban sebanyak 5.4 kN.  Operasi mamapatan ini menggunakan sebatang skru berbenang V.  Skru ini mempunyai diameter min 80 mm, jarak benang adalah 14 mm.  Benang skru V ini mempunyai sudut kandung 60o.  Pekali geseran adalah 0.12 dan skru ini bergerak dengan kelajuan 80 mm/s.  Hitungkan ;
i.                     Sudut kecondongan benang skru V.
ii.                   Sudut geseran.
iii.                  Daya kilas yang diperlukan untuk memampatkan beban.
iv.                 Kuasa yang diperlukan.


4.                   Diameter min sebuah jek skru yang berulir segiempat sama adalah 40 mm dan jarak ulirnya 3 mm.  Jek skru ini digunakan untuk menaikkan sebuah logam berjisim 950 kg dan pekali geserannya 0.12.  Cari ;
i.                     Daya kilas (Tork} untuk menaikkan logam itu.
ii.                   Magnitiud daya kenaan pada hujung sebatang pemeggang dengan jaraknya dari paksi skru adalah 150 mm untuk menaikkan logam tersebut.
iii.                  Kecekapan kedepan jek skru itu.
iv.                 Tork untuk menaikkan logam yang sama jika jarak ulir skrunya diubah kepada 6 mm.

5.                   Satu jek skru berbenang segiempat sama digunakan untuk menaikkannsebuah jasad berjisim 150 kg.  Jarak benang skru adalah 8 mm dan diameter min 52 mm.  Ambil pekali geseran sebagai 0.34, carikan ;
i.                     Daya kilas yang diperlukan untuk menaikkan jasad itu.
ii.                   Magnitiud daya kenaan pada hujung sebatang pemeggang (handle) dengan jaraknya dari paksi skru ialah 210 mm.
iii.                  Kecekapan kedepan jek skru itu.


6.                   Satu beban berjisim 208 kg dinaikkan dengan mebggunakan jek skru berbenang segiempat sama dengan dua punca.  Diameter min skru ialah 55 mm dan jarak bebenang 7 mm.  Diberi pekali geseran skru ialah 0.38.  Hitungkan ;
i.                     Tork yang diperlukan untuk menaikkan beban tersebut.
ii.                   Magnitud daya kenaan pada hujung satu handle yang panjang dari paksi skru ialah 1750 mm.


7.                   Satu skru berbenang segiempat sama berdiameter min 80 mm dengan sudut heliks 4o18’ memerlukan tork sebanyak 270 Nm untuk mengangkat satu beban 20 kN.  Cari pekali geserannya.


8.                   Sudut heliks skru berpunca tiga ialah 7o35’ dan pekali geserannya 0.25.  Skru itu berbenang V dengan sudut kandongnya 60o dan berdiameter min 50 mm.  Jika satu beban 2.75 kN dinaikkan oleh skru tersebut, tentukan ;
i.                     Jarak benang skru itu.
ii.                   Tork untuk menaikkan beban.
iii.                  Jika sebatang spanar digunakan untuk memutarkan skru itu, dapatkan daya ufuk yang dikenakan pada hujung spanar jika jika jaraknya dari paksi skru ialah 510 mm.
iv.                 Kecekapan kedepan skru itu.


9.                   Satu jasad logam berjisim 940 kg dinaikkan dengan menggunakan satu skru berbenang segiempat sama dengan diameter minnya adalah 38 mm.  Jarak benang skru adalah 13 mm dan pekali geseran yang digunakan adalah 0.12.  Daripada maklumat di atas, dapatkan:
i.                     Tork yang digunakan untuk menaikkan jasad logam tersebut.
ii.                   Daya yang dikenakan jika sebatang hendal sepanjang 140 mm digunakan.
iii.                  Kecekapan skru tersebut.
iv.                 Tork untuk menaikkan logam yang sama jika jarak benang skru adalah 26 mm.


10.               Satu skru segiempat jenis satu punca diketatkan kepada bolt dengan daya kilas 6 Nm.  Jarak benang adalah 5 mm dan diameter 6 cm.  Hitungkan ;
i.                     Beban ke atas skru dalam unit kg.
ii.                   Daya kilas yang diperlukan untuk melonggarkan skru.  Diberi pekali geseran, ยต = 0.1.


11.               Skru berbenang segiempat jenis berpunca dua digunakan dalam mesin pemotong untuk mengatasi beban paksi 450 N.  Diameter luar skru ialah 52.5 mm, jarak benang adalah 5 mm dan pekali geseran adalah 0.15.  Kirakan daya kilas yang diperlukan untuk memutarkan skru dan kecekapan semasa beban dinaikkan.


12.               Senaraikan DUA (2) jenis bebenang skru.

13.               Sudut heliks bagi skru adalah 10o.  Jika pekali geseran bagi skru bersamaan dengan 0.3 dan diameter min skru bebenang segiempat sama tersebut adalah 72.5 mm, kirakan ;
i.                     Jarak benang skru.
ii.                   Kecekapan kehadapan skru.
iii.                  Tork untuk menaikkan beban sebanyak 1 kN.
iv.                 Tork untuk menurunkan beban.
v.                   Kecekapan terbalik.


14.               Satu jek skru berpaksi tegak digunakan untuk mengangkat satu beban seberat 750 kg dengan menggunakan sebatang pemeggang (handle).  Satu daya ufuk 112 N dikenakan pada hujung pemeggang itu dan jaraknya dari paksi skru ialah 300 mm.  Diameter min skru ialah 50 mm dan ia mempunyai 200 bebenang V semeter.  Beneng V yang digunakan dalam jek skru ini mempunyai sudut kamdung 60o.  Hitungkan ;
i.                     Sudut heliks beneng skru.
ii.                   Daya tangen yang bertindak di jejari min skru untuk memusingkan skru.
iii.                  Kecekapan kedepan.
iv.                 Daya ufuk yang perlu dikenakan pada hujung pemeggang untuk menurunkan beban itu.
v.                   Kecekapan maksima jek skru.


15.               Satu jek skru berpaksi tegak digunakan untuk mengangkat satu beban berjisim 750 kg melalui sebatang pemegang.  Satu daya ufuk 112 N dikenakan pada hujung pemegang.  Jarak daya ufuk dari paksi skru ialah 300 mm.  Diameter luar skru ialah 55 mm dan jarak bebenang segiempat sama dua punca ialah 6 mm.  Tentukan ;
i.                     Pekali geseran.
ii.                   Kecekapan kedepan.
iii.                  Daya ufuk yang perlu dikenakan pada hujung pemegang untuk menurunkan beban.
iv.                 Kecekapan maksima skru itu.


16.               Suatu skru berbenang V dengan dua punca bersudut benang 60o digunakan untuk menaikkan beban 2.5 kN.  Skru tersebut berdiameter min 50 mm dan sudut heliksnya ialah 6o21’.  Pekali geserannya ialah 0.27.  Hitungkan:
i.                     Jarak benang.
ii.                   Tork untuk menaikkan beban tersebut.
iii.                  Kecekapan kedepan.
iv.                 Kecekapan maksima.

No comments:

Post a Comment