Tuesday 5 July 2011

Dinamik Am - Saolan-Soalan Latihan

KAJIDAYA MESIN 1
DINAMIK AM

1.                   Sebuah motokar bermula dari keadaan diam dengan pecutan 2.3 ms-2 yang  dikekalkan selama 16 saat.  Untuk 30 saat yang berikutnya laju motokar itu adalah seragam.  Motokar itu kemudian mengawapecutan dengan seragam selama selama 5 saat dan jarak yang dilalui pada masa itu 142 meter.  Akhirnya motokar itu dihentikan dengan awapecutan seragam 3 ms-2.  Lakarkan graf halaju-masa untuk mewakili gerakan motokar itu dan gunakan graf itu untuk mencari :
a)                  Laju seragam.
b)                  Laju motokar itu pada ketika awapecutan seragam 3ms-2 bermula.
c)                   Jumlah jarak dilalui oleh motokar itu.
d)                  Masa yang diambil untuk motokar itu melewati titik tengan perjalanan.
(36.8 ms-1, 20 ms-1, 1607 m, 29.834 s)

2.                   Berikan takrifan bagi istilah-istilah di bawah bersertakan simbol yang digunakan:
a)                  Pecutan.
b)                  Jisim.
c)                   Berat.

3.                   Jarak di antara A dan B ialah 10 km.  Seorang pemandu kereta bermula dari pegun iaitu dari A dengan pecutan seragam selama 40 saat.  Kemudian dia memandu dengan halaju seragam sebelum dia mengalami awapecutan seragam dan berhenti di B dalam masa 20 saat terakhir perjalanan tersebut.  Jika jumlah masa yang diambil adalah 8 minit, carikan :
a)                  Halaju seragam kereta itu dalam kmj-1.
b)                  Pecutan kereta itu dalam ms-1.
c)                   Awapecutan kereta itu dalam ms-1.
d)                  Jarak yang dilalui dalam 3 minit pertama perjalanan.
(80 kmj-1, 0.556 ms-2,-1.11 ms-2, 3555.2 m)

4.                   Nyatakan takrifan bagi istilah-istilah berikut :
a)                  Tenaga keupayaan.
b)                  Prinsip keabadian momentum.

5.                   Dalam satu sistem ayunan bandul, seutas tali yang panjangnya 10 meter, diikat pada satu bebola besi yang berjisim 1.5 kg.  Bebola besi itu dinaikkan sehingga tali itu mencapai sudut 60o daripada garis tegak, kemudian tali itu dilepaskan dan bebola itu berayun.  Cari laju maksima bebola besi tersebut
(9.9 ms-1)

6.                   Dua buah jasad P berjisim 2.3 kg dan Q berjisim 1.8 kg sedang berguling menuju ke arah satu sama lain.  Kelajuan pergerakan jasad P ialah 1.5 ms-1 dan Q pula adalah 3.8 ms-1.  Selepas berlakunya perlanggaran jasad Q bergerak pada arah yang bertentangan arah asal dengan halaju 2.5 ms-1.  Tentukan halaju dan arah pergerakan jasad P.
(3.43 ms-1)

7.                   Sebuah motosikal bermula dari keadaan pegun dan memecut dengan seragam selama 45 saat dan mencapai laju 50 ms-1 pada akhir pecutan itu.  Laju itu dikekalkan sebentar, kemudian ia berhenti semula dalam masa 15 saat dengan awapecutan seragam.  Jumlah jarak yang dilalui ialah 2000 meter.  Lukiskan gambarajah halaju masa dan gunakannya untuk mendapatkan :
a)                  Pecutan seragam.
b)                  Jumlah masa yang diambil untuk perjalanan itu.
c)                   Awapecutan seragam.
(1.11 ms-2, 70 s, -3.33 ms-2)

8.                   Satu jasad A berjisim 2 kg bergerak dengan halaju 3 ms-1 dan berlangar secara berdepan dengan objek B berjisim 1 kg yang bergerak dalam arah yang bertentangan dengan halaju 4 ms-1.  Selepas perlanggaran kedua-dua jasad berpadu dan bergerak bersama-sama.  Kirakan halaju jasad selepas perlanggaran.
(0.67 ms-1)

9.                   Sebuah motokar bermula dari keadaan diam dengan pecutan seragam 2.3 ms-2 yang dikekalkan selama 16 saat.  Untuk 30 saat yang berikutnya laju motokar itu adalah seragam.  Kemudian ia mengawapecutan dengan seragam selama 5 saat dan jarak yang dilalui pada masa itu ialah 142 meter.  Akhirnya motokar itu diberhentikan dengan awapecutan seragam 3 ms-2.
a)                  Lakarkan graf halaju-masa untuk mewakili pergerakan motokar itu.
b)                  Dapatkan halaju seragam tersebut.
c)                   Halaju motokar tersebut pada ketika awapecutan 3 ms-2.
d)                  Jumlah jarak yang dilalui oleh motokar itu sebelum berhenti.
(36.8 ms-1, 20 ms-1, 1607.07 m)

10.               Berikan definisi bagi istilah-istilah berikut :
a)                  Daya empar.
b)                  Tenaga Kinetik.
c)                   Kuasa.

11.               Sebuah kenderaan bermula dari pegun dengan pecutan seragam 0.4 ms-2 hingga halaju 7.8 ms-1 dicapai.  Ia bergerak pada laju seragam sejauh 2.5 kilometer, kemudian ia mengawapecutan dengan seragam selama 15 saat sebelum ia berhenti semula.  Hitungkan :
a)                  Jumlah jarak yang dilalui.
b)                  Jumlah masa yang diambil dalam minit.
c)                   Masa yang diambil sebelum kereta itu mengawapecutan.
(2634.55 m, 5.9 min, 340 s)

12.               Dua kereta iaitu Kelisa dan Honda bergerak pada masa yang sama dari tempat A mengikut jalan yang lurus ke tempat B.  Kereta Kelisa bergerak dengan halaju seragam 8 ms-1.  Manakala kereta Honda bergerak dengan halaju mula 1 ms-1 dan pecutan seragam 2 ms-2.  Jika kedua-dua buah kereta bertemu di tempat B, tentukan :
a)                  Masa yang diambil oleh kedua-dua kereta bergerak dari A ke B.
b)                  Jarak AB.
c)                   Halaju kereta Honda ketika sampai di B.
(7 s, 56 m, 15 ms-1)

13.               Dua jasad A dan B masing-masing berjisim 3 kg dan 5 kg bergerak pada arah yang berlawanan.  Jasad A bergerak arah ke kanan manakala jasad B bergerak arah ke kiri.  Halaju A dan B masing-masing adalah 6ms-1 dan 8 ms-1.  Selepas perlanggaran kedua-dua jasad bergerak bersama.  Tentukan halaju dan arah serta kehilangan tenaga kinetik bagi sistem ini.
(2.75 ms-1, 183.75 J)

14.               Sebuah lif pegun mula bergerak ke atas dengan pecutan seragam.  Selepas 4 saat, lif mencapai halaju 8 ms-1 dan bergerak dengan halaju ini selama 2 saat.  Kemudian lif diperlahankan pada kadar yang seragam.  Lif berhenti 9 saat selepas permulaan pergerakannya.  Lakarkan graf halaju melawan masa bagi lif itu, dan dengan menggunakan graf yang dilakarkan,
a)                  Tentukan jumlah jarak yang dilalui lif.
b)                  Tentukan pecutan lif.
c)                   Tentukan nyahpecutan / awapecutan lif.
(44 m, 2 ms-2, -2.667 ms-2)

15.               Halaju sudut suatu jasad menyusut secara seragam daripada 600 psm kepada 300 psm dalam masa 6 saat.  Kirakan :
a)                  Pecutan sudut.
b)                  Bilangan pusingan yang dibuat oleh roda itu dalam 6 saat.
c)                   Masa tambahan yang diperlukan oleh jasad untuk sampai ke keadaan pegun semula.
(-5.236 rads-2, 45 pus. 6 s)

16.               Sebuah jet ski bermula dari pegun dan memecut dengan seragam selama 30 s dan mencapai laju 37.5 ms-1 pada akhir pecutan itu.  Laju itu dikekalkan buat sementara waktu, sejurus kemudian ia kembali kepantai dan berhenti dalam masa 10 s, dengan awapecutan seragam.  Jumlah pergerakan yang telah dilalui oleh jet ski tersebut ialah 1500 m.  Lukiskan dan tentukan:
a)                  Lukiskan gambarajah halaju masa.
b)                  Pecutan seragam jet ski.
c)                   Jumlah masa yang diambil untuk keseluruhan pergerakan itu.
d)                  Awapecutan seragam.
(1.25 ms-2, 60 s, -3.75 ms-2)

17.        i.              Kirakan halaju purata dalam ms-1, seorang atlit yang berlari sejauh 10 km
dalam masa 28 minit 20 saat.
(5.882 ms-1)
ii.             Kirakan masa dalam saat, diambil oleh bunyi untuk bergerak sejauh 2 km, jika diberi halaju bunyi ialah 331 ms-1.
(6.042 s)

19.               Sebuah motosikal mula bergerak dari pegun.  Motosikal itu memecut dengan pecutan seragam selama 30 s untuk mencapai laju 37.5 ms-1 pada akhir pecutan itu.  Motosikal itu mula mengekalkan kelajuan seragam dalam tempoh 20 s.  Selepas itu motosikal itu mula mengawapecutan dengan seragam sehingga ia berhenti.  Jumlah keseluruhan perjalanan yang ditempuhi oleh motosikal itu adalah 1500 m;
                        i.          Lakarkan gambarajah halaju-masa bagi situasi di atas.
                        ii.         Hitungkan nilai pecutan seragam.
                        iii.         Jumlah jarak yang ditempuhi pada ketika motosikal ini pada pecutan seragam dan halaju seragam.
                        iv.        Hitungkan masa yang ditempuhi pada ketika motosikal ini mengawapecutan seragam.
                        v.         Hitungkan nilai awapecutan seragam gerakan ini.
(1.25 ms-2, 1312.5 m, 10 s,-3.75 ms-2)

20.               Satu sistem gear yang dipacu oleh sebuah motor elektrik yang digunakan untuk menarik satu beban 4 kN sejauh 15 m dalam masa 15 s.  Hitungkan kerja yang terlaku dan kecekapan motor itu jika kuasa masukan ialah 6.5 kW.
(60000 J, 61.5%)

21.               Berikan takrifan bagi istilah-istilah di bawah bersertakan simbol yang digunakan:
                                             i.            Pecutan.
                                             ii.           Jisim.
                                             iii.         Berat.

22.               Jarak di antara A dan B adalah 10 km.  Seorang pemandu kereta bermula dari pegun iaitu dari A dengan pecutan seragam selama 40 saat.  Kemudian dia memandu dengan halaju seragam sebelum dia mengalami awapecutan seragam dan berhenti di B dalam masa 20 saat terakhir perjalanan tersebut.  Jika jumlah masa yang diambil adalah 8 minit.  Carikan:
                                 i.           Halaju seragam kereta itu dalam kmj-1.
                                 ii.          Pecutan kereta itu dalam ms-2.
                                 iii.         Awapecutan kereta dalam ms-2.
                                 iv.         Jarak yang dilalui dalam 3 minit pertama perjalanan itu.
(80 kmj-1, 0.56 ms-2, -1.11 ms-2, 3555.52 m)

No comments:

Post a Comment