Monday, 4 July 2011

Soal Selidik - Satu Kajian Ilmiah

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran secara Tunjukcara (Demostrasi) Bagi Mata Pelajaran Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD)

Kamaruzaman bin Abdullah
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu
Km 24, 16450 Pangkal Kalong
Ketereh, Kelantan
Tel :+6019-9594130    Email:kamaruzaman@pkb.edu.my


Abstrak

Kajian kes ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar dapat mempelajari dan memahami seterusnya mampu menggunakan perisian Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).  Kajian ini dijalankan kepada pelajar semester dua (2) di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.  Kajian ini meliputi populasi seramai 40 orang pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Instrumen kajian diukur dengan mengunapakai skala liket pada julat 1- 4. Dapatan kajian dianalisa menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median) dan ukuran kebolehan (julat, varians dan sisihan piawai).  Dari Hasil kajian menunjukkan: Bagi domain menyelesiakan masalah, nilaian minnya (2.88) . manakala bagi domain menguasai ilmu, nilaian minnya ialah (2.86). Untuk nilaian min keberkesanan proses PnP berada pada nilaian (2.97). Kajian ini boleh dijadikan satu sumber rujukan kepada para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai bahan rujukan bagi tujuan penyelidikan.

Kata Kunci: Lukisan Terbantu Komputer (ACAD), Pelajar Kejuruteraan Mekanikal, Penekanan Kepada kaedah Pembelajaran Terdidik  & Pembelajaran Terbantu Komputer.


Abstruct

This research occurred follow by education method focusing on module of AutoCAD attached with students second semester.  The research focuses on percentages of input have been understood in teaching method for this module.  This research will involved through students in Mechanical Department in Kota Bharu Polytechnic.  There are 40 students collected as the sampel in this research.  The likert scale masure by score at 1-4. The input has been analysed by using statistics disktptif by showing the frequency, standard diviation, mean, mode and median.  The results show that’s  data focus on problem domaian is at mean  (2.88) . otherwise for the mean value for knowledgeable actraction is at (2.86). The value of domain success in PnP show at mean value (2.97). This reasearch data’s can be use as the internal reference for institution to look as a good education methods given, and also can be collected as data feedback for others researcher.

Key Word: AutoCAD, Teaching method, Mechanical department Students, Education Implementation & Computer Learning Method.


1.0              Pengenalan

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran secara tunjukcara (demostrasi) dalam meningkatkan kebolehan atau prestasi pelajar.  Dalam menentukan keberkesanan suatu proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan dan kaedah yang digunakan mestilah sesuai dan boleh membantu kepada pencapaian matlamat dan tujuan pembelajaran.  Oleh itu pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran mestilah tepat dan susuai untuk menentukan pelajar dapat memahami dan menguasai ilmu yang dipelajari dan seterusnya dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

1.1       Pernyataan Masalah

Salah satu punca kepada kesukaran ini ialah pendekatan dan kaedah yang digunakan tidak berkesan dan tidak banyak membantu pelajar.  Ini disebabkan konsep pengajaran tidak di fahami secara mendalam.  “Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), pengajaran adalah merupakan proses menyampaikan maklumat, memindahkan maklumat, mendorong pembelajaran dan membina manusia yang lebih baik.” “Menurut Effendi Hj. Zakaria (1997), minat boleh ditingkatkan apabila penekanan terhadap pentingnya apa yang dipelajari untuk kehidupan dan masa depan.”  Ini akan melahirkan keyakinan diri dan semangat yang kental untuk menghadapi cabaran. “Menurut Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan (1996), faktor psikologi yang dikaitkan dengan kecemerlangan dan kemerosotan pencapaian pelajar ialah kebanggaan diri, kepuasan hati dan pergantungan.”  Kebanggaan diri merupakan darjah seseorang individu mempercayai bahawa dirinya adalah seorang yang berkebolehan, signifikan dan berkepentingan.  Kebanggaan diri pelajar dipengaruhi oleh kepuasan hati pelajar terhadap sekolah, daya tarikan pelajaran serta perhatian, maklumbalas dan penilaian guru.

1.2       Objektif  Kajian

Secara keseluruhannya kajian ini dibuat adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut:

i.                    Untuk memastikan pelajar dapat memahami masalah yang dihadapi dalam Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).
ii.                  Untuk memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang dipelajari dalam Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).
iii.                Untuk mengenalpasti keberkesanan pendekatan dan kaedah tunjukcara (demostrasi) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).

1.3       Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pensyarah dan pihak-pihak tertentu mengenalpasti faktor-faktor yang membawa kepada kelemahan pelajar dan mengatur rancangan untuk memperbaiki kelemahan dan memberi bimbingan yang sewajarnya demi kebaikan pelajar-pelajar itu sendiri.  Di samping itu, dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan sebagai rujukan dan panduan dalam menangani masalah yang berkaitan.

1.4       Batasan Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada keberkesanan pendekatan atau kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mempastikan pelajar dapat memahami dan menguasai apa yang dipelajarinya.  Kajian ini dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu melibatkan pelajar-pelajar kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal semester 2.  Seramai 40 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.  Dalam kajian ini, pengkaji akan mendapat maklum balas berdasarkan kefahaman dan penguasaan serta kebolehan pelajar mengaplikasikan apa yang diperolehi hasil dari pembelajaran yang diikuti.
2.0              Kajian Literature

Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran.  Mengikut ahli-ahli psikologi behavioral, “pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam sesorang individu (Pavlov; Watson; Thorndike; Skinner).”  “Teori pembelajaran sosial adalah merupakan teori yang diasaskan oleh Albert Bandura (1986).”  Teori ini mengatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran.  Teori pembelajaran kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu.  “Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk, 1998).”

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan adalah merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana untuk menyampaikannya.  Manakala kaedah pula adalah cara menyampaikan atau menjalankan aktiviti pengajaran.  Terdapat banyak pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti tunjukcara (demostarsi), kuliah, dan sebagainya.  Kesemua pendekatan dan kaedah yang digunakan adalah menjurus kepada untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Ada banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam bab ini, akan diterangkan berhubung dengan kaedah tunjukcara (demostrasi).  Tunjukcara (demostrasi) adalah kaedah pengajaran di mana guru menunjukkan sesuatu kepada pelajar.  Kaedah ini bertujuan untuk membentuk kemahiran psikomotor pelajar.  Dalam melaksanakan kaedah, panduan-panduan berikut perlu diikuti:

i.                    Pastikan tunjukcara (demostrasi) dapat dilihat oleh semua pelajar.
ii.                  Timbulkan minat pelajar terhadap tunjukcara (demostrasi) tersebut di peringkat awal supaya mereka akan memberi tumpuan sepanjang pengajaran.  Salah satu cara ialah dengan menunjukkan objek atau sampel yang telah siap atau peralatan yang telah siap dipasang atau peralatan yang berkaitan dengan tunjukcara (demostrasi).  Ini akan menimbulkan rasa ingin tahu pelajar.  Guru boleh juga boleh mengaaitkan demostrasi dengan pengetahuan yang berkaitan yang telah dipelajari.
iii.                Terangkan langkah atau prosedur satu per satu.  Elakkan dari mengambil jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah.
iv.                Buat ulasan keseluruhan.
v.                  Beri peluang pelajar mencuba.  Masa mesti diberikan untuk pelajar praktis dan pengalaman diperlukan untuk membentuk kemahiran.


3.0              Analisa Dapatan

Analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian.  Pada bahagian A, analisis adalah mengenai latar belakang responden.  Pada bahagian B pula analisis dibahagikan kepada tiga domain iaitu domain memahami masalah, domain menguasai ilmu dan domain keberkesanana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.  Bagi domain memahami masalah melibat 5 item, domain menguasai ilmu melibatkan 5 item dan domain keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan 10 item.

3.1       Analisis Data dan Dapatan Kajian

Hasil yang diperolehi dari kajian diterjemahkan kepada dapatan kajian sebenar.  Kajian yang dijalankan ini melibatkan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik.  Borang-borang soal selidik yang telah dijawab di analisis secara manual dengan menggunakan perisian Excel.  Dalam analisis ini skor min digunakan bagi menjawab persoalan kajian .


3.1.1    Domain Memahami Masalah

Di dalam analisis ini terdapat lima item yang diambil kira bagi menentukan tahap kefahaman pelajar dalam memahami masalah dalam AutoCAD.  Analisis ini dirumuskan dalam bentuk skor min dan tahap bagi setiap item yang dikaji.  Merujuk kepada persoalan kajian, item-item yang di analisa adalah seperti dalam jadual 4.3:

Jadual 4.3 : Domain Memahami Masalah
No. Item
Item
S
KS
TS
Skor
Min
Tahap
1
Kaedah yang digunakan dapat membantu saya memahami arahan-arahan melukis (Draw Commands) dalam AutoCAD.
35
5
0
2.875
Tinggi
2
Kaedah yang digunakan dapat membantu saya memahami arahan-arahan suntingan (Edit Commands) dalam AutoCAD.
36
4
0
2.9
Tinggi
3
Kaedah yang digunakan dapat membantu saya memahami option atau sub arahan bagi arahan-arahan di dalam AutoCAD.
33
7
0
2.825
Tinggi
4
Kaedah yang digunakan dapat membantu saya memahami dan menguasai arahan-arahan di dalam AutoCAD.
38
2
0
2.95
Tinggi
5
Kaedah yang digunakan dapat membantu saya memahami penggunaan arahan-arahan yang sesuai untuk menghasilkan suatu lukisan dalam AutoCAD
35
4
1
2.85
Tinggi
Purata Skor Min
2.88
Tinggi


Merujuk kepada Jadual 4.3 bagi item 1, skor min adalah 2.875 manakala bagi item 2, skor min ialah 2.9.  Kedua-dua skor ini berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Bagi item 1 seramai 35 pelajar bersetuju dan 5 pelajar kurang bersetuju bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat membantu pelajar memahami arahan-arahan melukis dalam AutoCAD.  Bagi item 2 seramai 36 pelajar bersetuju manakala 4 pelajar kurang bersetuju bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat membantu pelajar memahami arahan-arahan suntungan dalam AutoCAD.  Tidak ada pelajar yang tidak bersetuju bagi kedua-dua item ini.  Namun merujuk kepada tahap kecenderungan bagi kedua-dua item ini menunjukkan bahawa pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tunjukcara yang digunakan dapat membantu pelajar memahami arahan-arahan melukis dan arahan-arahan suntingan di dalam AutoCAD.

Bagi item 3 (Jadual 4.3), seramai 33 pelajar bersetuju, manakala 7 pelajar kurang bersetuju bahawa kaedah atau pendekatan yang dugunakan dapat membantu pelajar memahami option atau sub arahan bagi arahan-arahan di dalam AutoCAD.  Item ini juga berada pada tahap kecenderungan tinggi dengan skor min 2.825.  Ini membuktikan bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat membantu pelajar terhadap masalah yang dihadapi. Bagi item 4 dan item 5 (Jadual 4.3), skor min adalah 2.95 dan 2.85.  Kedua-dua item ini berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Ini menunjukkan bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat membantu pelajar memahami dan menguasai arahan-arahan serta penggunaan arahan-arahan untuk menghasilkan suatu lukisan menggunakan AutoCAD.  Bagi item 4, seramai 38 pelajar bersetuju manakala 2 pelajar kurang bersetuju dan tiada pelajar yang tidak bersetuju.  Bagi item 5, 35 pelajar bersetuju manakala 4 pelajar kurang bersetuju dan 1 pelajar tidak bersetuju.  Walau bagaimana pun, merujuk kepada skor min dan tahap kecenderungan bagi kedua-dua item ini membuktikan bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat membantu pelajar memahami masalah yang dihadapi. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan analisis skor min bagi setiap persoalan pada domain memahami masalah adalah berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Skor min purata bagi domain ini ialah 2.88.  Ini membuktikan bahawa kaedah dan pendekatan tunujukcara (demostrasi) yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk memahami masalah yang dihadapi dalam Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).

3.1.2    Domain Menguasai Ilmu.

Di dalam analisis ini terdapat lima item yang diambil kira bagi menentukan tahap penguasaan ilmu di kalangan pelajar dalam AutoCAD.  Analisis ini dirumuskan dalam bentuk skor min dan tahap kecenderungan bagi setiap item yang dikaji.  Merujuk kepada persoalan kajian, item-item yang di analisa adalah seperti dalam jadual 4.4:

Jadual 4.4 : Domain Menguasai Ilmu
No. Item
Item
S
KS
TS
Skor
Min
Tahap
6
Melalui pendekatan dan kaedah yang digunakan, saya dapat menguasai dan boleh menghasilkan suatu lukisan menggunakan perintah-perintah melukis.
35
5
0
2.875
Tinggi
7
Melalui pendekatan dan kaedah yang digunakan, saya mempunyai keyakinan untuk menghasilkan lukisan menggunakan AutoCAD.
38
2
0
2.95
Tinggi
8
Melalui pendekatan dan kaedah yang digunakan, saya mampu menggunakan arahan-arahan yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu lukisan.
36
4
0
2.9
Tinggi
9
Melalui pendekatan dan kaedah yang digunakan, saya dapat menggunakan sesuatu arahan dengan cara yang betul untuk menghasilkan sesuatu lukisan.
34
4
2
2.8
Tinggi
10
Melalui pendekatan dan kaedah yang digunakan, saya dapat menentukan beberapa arahan yang memerlukan setup parameter sebelum digunakan.
34
3
3
2.775
Tinggi
Purata Skor Min
2.86
Tinggi


Daripada Jadual 4.4, bagi item 7 iaitu keyakinan pelajar untuk menghasilkan suatu lukisan menggunakan AutoCAD mempunyai skor min 2.95 di mana seramai 38 pelajar bersetuju manakala 2 pelajar kurang bersetuju.  Manakala bagi item 8 iaitu kemampuan pelajar menggunakan arahan yang sesuai untuk menghasilkan suatu lukisan mempunyai skor min 2.9 dengan 36 pelajar bersetuju dan 4 pelajar kurang setju.  Kedua-dua item ini berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Ini menunjukkan bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah memberi keyakinan dan kemampuan pelajar untuk menghasilkan sesuatu lukisan dalam Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD). Merujuk kepada Jadual 4.4, bagi item 6 skor min adalah 2.875 manakala bagi item 9 skor min adalah 2.8.  Bagi item 6 seramai 35 pelajar bersetuju dan 5 pelajar kurang setuju bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan membolehkan pelajar menguasai dan menghasilkan suatu lukisan menggunakan perintah-perintah melukis.  Bagi item 9 pula seramai 34 pelajar bersetuju, 4 pelajar kurang setuju dan 2 pelajar tidak setuju dengan persoalan yang dikemukakan.  Namun kedua-dua item ini mempunyai skor ini berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Ini menunjukkan bahawa pendekatan atau kaedah tunjukcara yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD) dapat membantu pelajar menguasai dan menggunakan arahan-arahan yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu lukisan. Bagi item 10 (Jadual 4.4), skor min adalah 2.775.  Skor min masih berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Namun kaedah dan pendekatan yang digunakan tidak begitu membantu pelajar berhubung dengan penguasaan pelajar dalam menguasai arahan-arahan yang memerlukan setup parameter. Pada keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan analisis skor min bagi setiap persoalan pada domain menguasai ilmu adalah berada pada tahap tinggi.  Skor min purata bagi domain ini ialah 2.86.  Purata skor min ini menunjukkan bahawa ianya berada pada tahap tinggi.  Ini menunjukkan kaedah dan pendekatan tunujukcara (demostrasi) yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk menguasai ilmu yang berkaitan dengan Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).

3.1.3    Domain Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Di dalam analisis ini terdapat sepuloh (10) item yang diambil kira bagi menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara tunjukcara (demostrasi) bagi Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).  Analisis ini dirumuskan dalam bentuk skor min dan tahap bagi setiap item yang dikaji.  Merujuk kepada persoalan kajian, item-item yang di analisa adalah seperti dalam jadual 4.5:

Jadual 4.5 : Domain Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
No. Item
Item
S
KS
TS
Skor
Min
Tahap
11
Pendekatan yang digunakan telah membantu saya menyelesaikan masalah untuk memahami arahan-arahan di dalam AutoCAD.
37
3
0
2.925
Tinggi
12
Pendekatan yang digunakan meningkatkan motivasi diri saya untuk mempelajari Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).
39
1
0
2.975
Tinggi
13
Pendekatan yang digunakan meningkatkan minat saya untuk mempelajari Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).
36
3
1
2.875
Tinggi
14
Pendekatan yang digunakan telah meningkatkan kebolehan saya dalam menggunakan AutoCAD untuk menghasilkan suatu lukisan.
37
3
0
2.925
Tinggi
15
Melalui pendekatan tunjukcara, penyampaian pensyarah lebih menarik dan memudahkan saya menguasai AutoCAD
38
2
0
2.95
Tinggi
16
Melalui pendekatan tunjukcara, penerangan terhadap sesuatu arahan adalah jelas dan tepat.
40
0
0
3.0
Tinggi


17
Melalui pendekatan tunjukcara, peratus pencapaian saya telah meningkat.
39
1
1
3.0
Tinggi
18
Melalui pendekatan tunjukcara (demostrasi), lukisan terbantu komputer (AutoCAD) sebenarnya mudah untuk dipelajari.
40
0
0
3.0
Tinggi
19
Pendekatan tunjukcara (demostrasi) amat sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran lukisan terbantu komputer (AutoCAD).

40
0
0
3.0
Tinggi
20
Pendekatan tunjukcara (demostrasi) berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang memerlukan kemahiran.
40
0
0
3.0
Tinggi
Purata Skor Min
2.965
Tinggi


Daripada Jadual 4.5, terdapat empat item dengan skor min 3.0 di mana semua sampel atau responden bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan.  Dalam analisis ini di dapati kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.  Ini terbukti melalui skor min yang diperolehi dalam item berikut:

i.                    Item16, penerangan terhadap sesuatu arahan dapat dilakukan dengan jelas dan tepat.
ii.                  Item 18, Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD) sebenarnya mudah untuk dipelajari.
iii.                Item 19, kaedah atau pendekatan yang digunakan amat sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).
iv.                Item 20, pendekatan atau kaedah yang digunakan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang memrlukan kemahiran.

Bagi item 11 (Jadual 4.5) seramai 37 pelajar bersetuju bahawa pendekatan atau kaedah tunjukcara yang digunakan telah membantu pelajar menyelesaikan masalah untuk memahami arahan-arahan di dalam AutoCAD.  Manakala 3 orang pelajar kurang bersetuju dengan persoalan berkaitan.  Namun item ini masih berada pada tahap tinggi di skor min adalah 2.925.  Melalui kaedah atau pendekatan tunjukcara juga telah meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk mempelajari Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).  Ini terbukti melalui analisis bagi item 12 dan item 13 (Jadual 4.5).  Bagi item 12, seramai 39 pelajar bersetuju manakala 1 pelajar kurang bersetuju bahawa kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat meningkatkan minat untuk mempelajari Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).  Bagi item 13 pula, seramai 36 pelajar bersetuju manakala 3 pelajar kurang bersetuju dan 1 pelajar tidak bersetuju bahawa pendekatan atau kaedah yang digunakan dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).  Walau bagaimana pun kedua –dua item ini masih berada pada tahap kecenderungan tinggi dengan skor min 2.975 dan 2.875.

Bagi item 14 (Jadual 4.5), kaedah atau pendekatan yang digunakan dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam menggunakan Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD) untuk menghasilkan sesuatu lukisan, di dapati seramai 37 pelajar bersetuju manakala 3 pelajar kurang bersetuju.  Namun analisis yang dijalankan menunjukkan ianya masih berada pada tahap kecenderungan tinggi di mana skor min adalah 2.925.  Pada keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan analisis bagi setiap persoalan pada domain keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Skor min purata bagi domain ini ialah 2.965.  Ini menunjukkan kaedah dan pendekatan tunujukcara (demostrasi) yang digunakan dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD).

4.0              Kesimpulan

Setelah data-data dianalisis dan dibincangkan, kesimpulan dapatlah dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian.  Bagi domain memahami masalah, domain menguasai ilmu dan domain keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apa yang dapat disimpulkan secara keseluruhan adalah berada pada tahap kecenderungan tinggi.  Ini menunjukkan bahawa kaedah atau pendekatan tunjukcara (demostrasi) yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Terbantu Komputer (AutoCAD) banyak membantu kefahaman dan penguasaan pelajar mendapatkan kemahiran yang berkaitan. Merujuk kepada hasil dapatan kajian yang telah diperbincangkan dan disimpulkan, pengkaji akhirnya telah dapat mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak berkenaan bagi diguna pakai.  Cadangan-cadangan yang dinyatakan oleh pengkaji dalam kajian ini diharap akan dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu.  Cadangan-cadangan ini juga perlu di ambil perhatian  dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak negara.

BIBLIOGRAFI

Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan. (1996). “Hubungan Antara Beberapa Faktor Psikologi Dengan Pencapaian Matematik Dan Sains Pelajar Sekolah Menengah.” Jurnal Pendidikan. 21. 88 - 96

Abu Zahari Abu Bakar (1987). “Memahami Psikologi Pembelajaran.” Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Atan Long (1978). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bandura, A. (1986). “Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory.” Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall
Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional. Jabatan Pendidikan Teknikal. (2002). “Buku Panduan Guru: Luklisan Kejuruteraan.” Kementerian Pendidikan Malaysia

Bloom, B. Et. Al (1950). “A Taxonomy of Educational Objectives: The Cognitive Domain.” New York: David McKay Co.Inc.

Borich, G. D. & Tombari, M. L. (1997). “Educational Psychology: A Contemporary Approach.” New York: Harper Collins College Pub

Cohen, L. Manion, L and Morrison, K. (2000). “Research Methods in Education.” 5th. Edition. London: Routledge Palmer

Davies, K. I. (1981). “Instructional Technique.” New York: McGraw-Hill Book Company

Derville, L. (1979). “Penggunaan Psikologi Dalam Pengajaran.” Petaling Jaya: Longmans Malaysia Sdn. Bhd.

Effendi Hj. Zakaria (1997). “Sikap Pelajar Terhadap Matematik Tambahan: Hubungannya dengan Pencapaian Akademik.” Classroom Teacher. Institut Pendidikan Sains & Matematik Malaysia

Ee Ah Meng (1991). “Pedagogi: Satu Pendekatan Bersepadu.” Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ee Ah Meng (1993). “Pedagogi: Satu Pengenalan.” 3th. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Gagne, R. M. (1983). “The Condition of Learning.” Toronto: Holt, Rinehart and Winston

Glaser, R. (1962). “Psychology and Instructional Technology: Training Research and Education.” Pittsburgs

Mok Soon Sang (1996). “Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). “Soal Selidik Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Modul OUM. (2003). “Psikologi Pendidikan dan Kaunseling.” Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Modul OUM. (2004). “Teaching Methods In Technical and Vocational Education.” Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
Modul OUM. (2005). “School-Based Research.” Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Neuman, William Lawrence (2000). “Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches.” Boston: Allyn & Bacon

Newman, W. L. (1991). “Social Research Methods.” 5th. Edition. Boston: Pearson Educational Inc.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar. (1997). “Pedagogoi 2.” Petaling Jaya : Longmans Malaysia

Salvin, R. E. (1997). “Educational Psychology, Theory and Practice.” 5th. Edition. Boston: Allyn & Bacon

Rosaimi Abd. Wahab. (1994). “MembudayakanMatematik.” Dewan Kosmik (April). Jilid 02

Sharifah Alwiah Alsagof. (1985). “Sosiologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Longmas Malaysia

Wan Zah Wan Ali. (2000). “Memahami Pembelajaran.” Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Woolfolk, A. E. (1998). “Educational Psychology.” 3th. Edition. Boston: Allyn & Bacon

No comments:

Post a Comment